Monday, 19 March 2012

Sukan Olahraga & Padang Pendidikan Khas Daerah Muar Kali ke-8 2012





Assalamualaikum… .
Pada 8 Mac 2012 ( Khamis ), Pendidikan Khas Daerah Muar  telah mengadakan Sukan Olahraga dan Padang bertempat di SMK Tengku Mahkota, Muar. Walaupun jauh, kami tetap sampai.  Program ini adalah program yang ditunggu-tunggu kerana ini adalah waktu untuk hampir semua warga Pendidikan Khas Daerah Muar berkumpul. Selama ini, kami hanya berborak mengenai anak-anak didik masing-masing. Kali ini, kami berpeluang melihat sendiri anak-anak murid yang mereka cerita selama ini. Di sekolah sendiri ( SK Seri Jaya ), tidak semua kategori murid yang dapat dilihat. Di sukan ini, murid-murid seperti Celebral Palsy ( dengan atau tanpa kerusi roda) dapat dilihat. Kami warga Pendidikan Khas Daerah Muar juga bertuah kerana Dato’ Robiah binti Hj Kosai telah sudi menjadi perasmi dan menyumbangkan keperluan kepada daerah kami..Acara pada hari itu terbahagi kepada 2 iaitu sesi pagi untuk acara biasa ( BP, BL, BD) sementara petang pula untuk acara khas ( Down Sindrom, Celebral Palsy, Kerusi Roda)


Antara acara-acara dan atlet-atlet daripada SK Seri Jaya 2012 ialah seperti berikut.
No Atlet
Nama Atlet
Acara
Kategori
Pencapaian
SJ 01
Mohammad Nizam
100m
BP (JL)
Menyertai acara
SJ 02
Ahmad Salahhudin Azizi
100m
BP (JL)
Menyertai acara


Lompat Jauh
BP (JL)
Menyertai acara
SJ 03
Muhammad Firdaus
Lontar Peluru
BP (JL)
Menyertai acara
SJ 04
Muhammad Sukrey
100m
BL ( JL)
Emas


Lompat Jauh
BL (JL)
Emas
SJ 05
Nuraishah
100m
BP (JP)
Menyertai acara


Lompat Jauh
BP (JP)
Menyertai acara
SJ 06
Asrah
100m
BP (JP)
Menyertai acara


Lompat Jauh
BP (JP)
Menyertai acara
SJSD 01
Muhammad Fariq Haiqal
30 m
BP (JL)
Ke-4
             
Nota : * SJ – Seri Jaya
 BP – Bermasalah Pempelajaran
            BL – Bermasalah Penglihatan  
Motif utama kami menghantar peserta ke sukan ini adalah untuk membolehkan murid-murid kami bersosial dengan murid-murid sekolah lain. Mereka juga berpeluang berjumpa dengan senior mereka yang telah berada di sekolah menengah seperti Shahrul, Radzi, Mahfuzah, Hidayah, Nurul dan lain-lain lagi. Haiqal adalah murid yang paling seronok berjumpa dengan senior mereka.
Di bawah, diselitkan beberapa kenangan-kenangan semasa di sukan tersebut.






Atlrt- atlet 100m dan lompat jauh









Aishah sedia beraksi tapi malu-malu ketika berlari.










Giliran Asrah pula








Nizam yang terkejut ketika tembakan dibunyikan

Gambar Azizi baripada belakang

Firdaus menunggu giliran yang panjang untuk membuat 3 balingan

Haiqal berma rakan-rakan

Rakan baik Haiqal ( baru 1 minit berjumpa)
Sukrey mengambil pingatnya. Tahniah.








Nur Amalina yang comel..Dikenen-kenenkan dengan Haiqal.Tapi Haiqal malu-malu nak bergambar bersama. Tahun rasanya mahu bawa Mashitah pula.

Video – Sukrey, Haiqal, CP.
Makan malam @ Restoran Budiman, Bukit Gambir.
Gelapnya muka kami. Cuti seminggu selepas ini perlu buat ‘facial treatment’
Di sini juga, kami warga Pendidikan Khas SK Seri Jaya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Guru Besar, Cikgu Basir bin Konit kerana sudi datang memeriahkan lagi program hari itu. Kami juga ingin meminta maaf kerana tidak sempat bertegur sapa dengan cikgu kerana kami sendiri tidak cukup tangan melayan kerenah anak-anak murid kami. Terima kasih GB.
Kami juga ingin megucapkan tahniah kepada peserta SMK Tun Sri Lanang yang telah Berjaya mnggondol beberapa pingat yang tidak disangka-sangka   iaitu  EMAS acara 100m  BP (PJ) untuk Nurul Farahain, PERAK untuk acara lompat jauh BP(LJ) bagi Radzi dan GANGSA acara lompat jauh BP (PJ) untuk Muhafuzah Ahmad. Tahniah Kak Midah, Kak Sal dan Cikgu Hisham.
Tidak lupa juga kepada ibu Azizi yang sudi datang untuk melihat anaknya. Tersentuh melihat ibunya yang datang semata-mata untuk Azizi. Walaupun jauh, ibunya tetap mahu berikan yang terbaik untuk anaknya ( air mata mengalir semasa menaip kerana terkenang saat-saat ibu Azizi mamanggil nama gelaran Azizi iaitu Adik)
Terima ksih juga kepada Cikgu Fatimah (SK Bukit Gambir) kerana telah mengambil gambar kami beramai-ramai.
Nialai-nilai murni yang dapat dilihat sepanjang program ini ialah tidak semua manusia sempurna dan semua orang boleh berjaya jika berusaha keras.dan disokong oleh orang disekeliling. Bukan hanya mengeji dan membenci.






Maskot Pendidikan Khas SK Seri Jaya