Thursday, 15 September 2011

Tudung Saji

Assalamualaikum...

Salam satu Malaysia...Oleh kerana terlalu seronok malihat makcik menganyam tudung saji dengan reben, saya menjadi tertarik dengan aktiviti tersebut. Pada awal Ramadhan, saya telah meminta murid membawa tudung saji bersama dua gulung reben plastik berlainan warna. Pada permulaan, murid merasakan payah untuk menganyam reben. Lama-kelamaan, mereka menjadi seronok dan mula leka dengan anyaman tersebut. Mohd Firdaus antara murid yang cemerlang menganyam dengan mengambil masa tiga hari untuk menyelesaikannya. Murid lain mengambil masa antara 1 hingga 2 minggu untuk menyiapkannya. Tudung saji terbaik telah selamat menjadi cenderahati sempena majlis perpisahan GPK Pentadbiran iaitu Cikgu Mohd Ramdzan bin Pelet yang telah dinaikkan pangkat kepada Guru besar di SK Pengerang. Tahniah Cikgu Mat...
Kat bawah ni ada gambar-gambar murid anyam tudung saji..



 
















Monday, 12 September 2011

Buat Kuih Suji...


Pada 25 Ogos 2011, kami warga Pendidikan Khas SK Seri Jaya telah membuat biskut raye bersama-sama...oleh kerana resepi kuih ni senang, maka kami telah berjaya menghasilkan BISKUT SUJI. Lagi pun, kuih merupakan kuih kegemaran cikgunya..




                                                          Bahan-bahannya

                                             
                                                                 
                                  Waktu yang paling mencabar kesabaran




                                              
                                        
                                           Sorry Mashitah, cikgu tak masak kuih Mashitah.

                                                    
                                                           Dah siap....Alhamdulillah..


Nak resepi? ada di bawah...


Biskut Suji
Bahan-bahan
1 tin kecil minyak sapi  “Ghee”
1 cawan marjerin “Pelangi”
7 cawan tepung gandum
Gula pasir dikisar halus

Cara membuatnya
1.    Campur minyak sapi, marjerin dan tepung. Adun sehingga adunan menjadi lembut dan tidak melekat di jari.
2.  Bentuk adunan menjadi bentuk bulat sebesar ibu jari tangan dan susun di atas dulang pembakar.
3.  Bakar  pada suhu 150 0C selama 30 minit.
4.  Setelah masak, keluarkan biskut dan biar sehingga sejuk.Setelah sejuk, guling biskut satu per satu di atas gula yang telah dikisar halus.
5.  Susun biskut suji yang telah siap di dalam balang untuk tujuan penyimpanan atau boleh terus dihidang kepada tetamu yang berkunjung ke rumah.