Pada 25 Ogos 2011, kami warga Pendidikan Khas SK Seri Jaya telah membuat biskut raye bersama-sama...oleh kerana resepi kuih ni senang, maka kami telah berjaya menghasilkan BISKUT SUJI. Lagi pun, kuih merupakan kuih kegemaran cikgunya..
Bahan-bahannya
Waktu yang paling mencabar kesabaran
Sorry Mashitah, cikgu tak masak kuih Mashitah.
Dah siap....Alhamdulillah..
Nak resepi? ada di bawah...
Biskut Suji
1 tin kecil minyak sapi “Ghee”
1 cawan marjerin “Pelangi”
7 cawan tepung gandum
Gula pasir dikisar halus
Cara membuatnya
1. Campur minyak sapi, marjerin dan tepung. Adun sehingga adunan menjadi lembut dan tidak melekat di jari.
2. Bentuk adunan menjadi bentuk bulat sebesar ibu jari tangan dan susun di atas dulang pembakar.
3. Bakar pada suhu 150 0C selama 30 minit.
4. Setelah masak, keluarkan biskut dan biar sehingga sejuk.Setelah sejuk, guling biskut satu per satu di atas gula yang telah dikisar halus.
5. Susun biskut suji yang telah siap di dalam balang untuk tujuan penyimpanan atau boleh terus dihidang kepada tetamu yang berkunjung ke rumah.

0 comments:
Post a Comment