Tuesday, 28 February 2012

Projek Bilik Mainan

Assalamualaikum...

Bilik mainan.Bilik mainan ini ilham daripada Kak Norul dan Kak Siti rentetan barang mainan yang semakin bertambah dan memandangkan bilik kaunseling di sebelah kelas PK2 tidak dihuni oleh sesiapa pun ( sebelum ini, Cikgu Saifudin jadikan bilik tersebu tbilik kaunseling, sekarang bilik kaunseling dipindah di tempat baru bersama guru yang baru, di blok A). Bilik mainan ini wujud sejak tahun lepas lagi tetapi dek kerana tiada masa, kami menghias bilik ini sedikit demi sedikit. Bermula dengan memindahkan alatan didalamnya, kemudian membersihkan lantai, dinding dan sesawang. Selepas itu, kami mula membentangkan tikar getah dan menyusun barang perabot. Akhir tahun lepas, kami mula melukis mural dan mewarna sedikit demi sedikit. Setelah bermula musim sekolah, kerja kami tertangguh kembali. Pada 11.2.2012 iaitu semasa sekolah ganti, kami telah memulakan semula melukis dan mewarna mural. Setakat ini, baru 30% mural itu siap. Kami masih mencongak-congak bila agaknya waktu yang sesuai untuk kami menyambung kerja kami. Harap-harap tahun ini akan siap mural itu.

Friday, 24 February 2012

Happy Birthday Haiqal & Aishah

Assalamualaikum...

Pada 21 Februari 2012 ( Selasa ) yang lepas, kelas kami telah mengadakan sambutan hari lahir dua murid iaitu Mohd Fariq Haiqal dan Nuraishah. Alhamdulillah, umur mereka berdua telah menginjak ke 11 tahun. Setelah beberapa kali majlis yang dirancang ditangguh, akhirnya kami berjaya melakukannya juga.
Seperti biasa, setiap kali ada majlis di kelas, murid ditugaskan memasak, membuat air, mengemas dan menguruskan majlis dengan bimbingan guru. Menu pada hari tersebut ialah nasi goreng, mihun goreng serta air milo. Dua jenis menu disediakan berikutan tidak semua murid makan nasi goreng begitu juga mihun goreng.

Saturday, 18 February 2012

Parts of Head

Assalamualaikum....

Minggu ni, perkara yang menarik yang kami buat di kelas ialah kami buat gambar bahagian kepala. Asyik guna carta yang dah ada sahaja. Kali ni, kami akan buat carta sendiri. Bahagian lain hanya dilukis guna marker pen dan diwarna guna pensel warna. Bahagian rambut kami guna kertas terpakai warna hitam. Kertas tu direnyuk dan ditampal di bahagian atas kepala. Murid PK2 seronok buat bahagian ini terutama Mashitah kerana dapat main gam. Boleh la dia menjamah sedikit gam tu.

Kalau ikutkan pada standard KSSR Pendidikan Khas Tahun 2 dalam subjek BI (9.1.1) dan Pengurusan Diri (1.1.1), ada belajar mengenai bahagian kepala dan juga fungsi-fungsinya.Untuk menarik minat murid, murid diminta mewarna dan menampal rambut pada kepala yang separuh siap. Kalau mengikut standard kurikulum Pendidikan Khas pula, silibus bahagian kepala ada juga diajar dalam subjek Sains (1.2.1). Berikut antara aksi-aksi  murid semasa membuat bahagian-bahagian kepala mengikut kelas masing-masing.






 



Setelah siap, semua murid memberi komen yang muka yang telah siap macam orang asli kerana rambutnya kerinting. Setelah diamat-amat, memang benar kata anak-anak muridku itu....