Assalamualaikum....
Minggu ni, perkara yang menarik yang kami buat di kelas ialah kami buat gambar bahagian kepala. Asyik guna carta yang dah ada sahaja. Kali ni, kami akan buat carta sendiri. Bahagian lain hanya dilukis guna marker pen dan diwarna guna pensel warna. Bahagian rambut kami guna kertas terpakai warna hitam. Kertas tu direnyuk dan ditampal di bahagian atas kepala. Murid PK2 seronok buat bahagian ini terutama Mashitah kerana dapat main gam. Boleh la dia menjamah sedikit gam tu.
Kalau ikutkan pada standard KSSR Pendidikan Khas Tahun 2 dalam subjek BI (9.1.1) dan Pengurusan Diri (1.1.1), ada belajar mengenai bahagian kepala dan juga fungsi-fungsinya.Untuk menarik minat murid, murid diminta mewarna dan menampal rambut pada kepala yang separuh siap. Kalau mengikut standard kurikulum Pendidikan Khas pula, silibus bahagian kepala ada juga diajar dalam subjek Sains (1.2.1). Berikut antara aksi-aksi murid semasa membuat bahagian-bahagian kepala mengikut kelas masing-masing.
Setelah siap, semua murid memberi komen yang muka yang telah siap macam orang asli kerana rambutnya kerinting. Setelah diamat-amat, memang benar kata anak-anak muridku itu....

0 comments:
Post a Comment