Pada hari Selasa (17 Julai 2012) kelas Pendidikan Khas SK Seri Jaya telah membuat sambutan hari lahir Firdaus dan juga Asyraaf. Ini adalah sambutan hari lahir terakhir kerana selepas ini semua umat islam akan menikmati bulan Ramadhan yang penuh keberkatan.
Menu hari ini ialah Nasi Ayam yang dimasak oleh Cukgu CT( Ketua Chef) dan dibantu oleh Firdaus, Asrah, Aishah, Azizi, Nizam, Izzudin, Haiqal dan Asyraaf. Sementara lebihan tiga orang murid hanya duduk diluar ditemani oleh Cikgu Aini. Nabil membantu menghias papan putih dengan lukisan dan ucapan hari lahir manakala Mashitah membantu menyusun atur meja dan pinggan mangkuk dan cawan di atas meja.Fauzi pula hanya duduk diam bermain askar-askar yang kebanyakannya telah mengalami kemalangan semasa berperang( patah kaki n tangan akibat dipatahkan oleh mereka Fauzi)
Di bawah terdapat sedikit bingkisan sebagai kenangan sepanjang sambutan hari lahir hari ini..
Setelah lama memujuk, akhirnya keluarga Sukrey memberi kebenaran untuk Sukrey melanjutkan Pengajian di sekolah yang lebih bersesuain dengan masalah yang dialaminya iaitu Masalah Penglihatan (B1). Walaupun berat hati ini untuk membiarkan Sukrey pergi tetapi ini hati ini lebih berat bila memikirkan tentang Sukrey yang sepatutnya menduduki peperiksaan UPSR tahun hadapan. Oleh kerana jadual waktu guru kelasnya yang agak padat dan atas kebenaran ayah Sukrey, Cikgu Aini membuat keputusan bahawa tarikh akhir Sukrey di SK Seri Jaya adalah pada 25 Jun 2012. Pada hari tersebut telah diadakan majlis perpisahan kecil-kecilan yang dihadiri oleh semua pelajar dan tenaga pengajar Pendidikan Khas SK Seri Jaya termasuk Cikgu Norul (PPM) yang masih berada dalam tempoh cuti bersalin tetapi telah habis waktu berpantang. Semasa Sukrey memberi ucapan, air mata seakan-akan mahu laju meluru keluar. Oleh kerana menjaga perasaan, ku tahan sahaja air mata ini.
Pada 27 Jun 2012, Sukrey telah selamat didaftarkan di SKPK Princess Elizebeth. Alhamdulillah, Semua urusan berjalan lancar bermula di JPN Johor ke PPD Johor Bahru seterusnya ke SKPK Princess Elizebeth. Semua pegawai yang terlibat di semua tempat memberi kerjasama yang sangat hebat. Bemula di JPN Johor, walaupun sebenarnya urusan perpindahan Sukrey tidsk melibatkan Jabatan Negeri kerana hanya perpindahan antara daerah, mereka tetap memberi kerjasa yang memberansangkan dan menerangkan prosedur yang sepatutnya iaitu perlu dirujuk ke PPD JB. Seterusnya, saya ke PPD JB. Di sana, saya perlu berjumpa dengan Encik Iskandar ( Pegawai Sekolah Rendah). Kalau di PPD Muar, Pegawainya ialah Encik Akabal. Di sana juga, Encik Iskandar menguruskan segala kelengkapan surat-menyurat pengesahan perpindahan dengan mantap. Cara beliau memindahkan data dari Excell ke Words sangat dikagumi.Setelah segalanya selesai, kami ke SKPK Princess Elizebeth. Di sana, Encik Mokhtar n the gang benyak membantu dan memberi kata-kata motivasi kepada Sukrey dan ibunya...Alhamdulillah, segalanya selesai dan Sukrey telahpun berada di SKPK Princess Elizebeth. Guru-guru di sini mendoakan yang terbaik untuk Surkey dan semua murid di SKSJ. Sekian.
Kami lepaskan Kau pergi bukan membenci
Sebaliknya Kami Peka Dengan Kebolehanmu
Kami biarkan kau pergi bukan kerana kami sudah tiada hati
Sebaliknya kerana tidak hanya mahu sekadar jadi pemerhati
Kami harap pemergianmu akan mendatangkan banyak erti
Bukan sahaja kepada kami malah kepada semua kominiti..
Salam...berjumpa lagi...Oleh kerana terlalu sibuk menguruskan murid ke Sukan Pendidikan Khas Peringkat Negeri, begitu juga menguruskan murid ke Semarak Islam, akhirnya saya berjaya juga mencoret sedikit sebanyak tentang aktiviti murid-murid saya yang terbaru..
Baru-baru ini, saya telah menyambung kembali projek daun getah yang akan dijadikan penanda buku. Setelah direndam selama sebulan ( sebelum ke Kluang menghantar Sukrey 12.4.2012 ). Setelah sebulan, hanya separuh daun getah yang menjadi iaitu telah reput daunnya daripada ranting-ranting halus. Berikut gambar-gambar hasil daripada separuh perjalanan projek tersebut.
Bertemu kembali setelah sekian lama tidak menulis blog ini. Sebenarnya, kelas ini telah banyak menjalankan aktiviti tetapi saya tidak sempat untuk menulis. Ada kala saya bermasalah untuk mendapatkan talian internet. Mujur Teacher Hadzirah memasang talian internet di rumah. Boleh la saya kembali aktif menulis.
Pada minggu lepas, setelah semalaman saya belajar membuat origami katak di laman web youtube, akhirnya saya berjaya menghasilkan seekor origami katak yang menarik. Keesokkan harinya, saya mengajar PK2 membuat origami tersebut. Hampir 50% hasil murid dibuat oleh saya. Saya tidak merasa kesal kerana setidak-tidaknya mereka belajar melipat pada permulaan pembuatannya. Cuma di akhir-akhir lipatan, teknik yang digunakan sedikit rumit dan sukar murid untuk memahami arahan guru mahupun maniru aksi guru. Akhirnya saya membuat keputusan untuk membantu mereka. Lihatlah hasil origami katam PK2 di bawah
.
Nota : 1) Nizam tidak boleh menulis tanpa contoh nama tapi hanya ingat menulis nombor rumahnya => 171 2) Nama Haiqal ditulis oleh gurunya 3) Seperti biasa Nabil Aiman menulis namanya sendiri setelah melihat gurunya menulis nama sendiri.
Untuk berlaku adil, saya juga telah mengajar kelas PK1 membuat origami katak dua hari selepas kelas PK2. Kesuugguhan PK1 memujuk saya untuk mengajar origami katak tidak memberi kesan besar kepada saya. Ini kerana mereka tidak belajar bersungguh-sungguh untuk melipat origami tersebut. Hanya Firdaus sahaja yang membuat sendiri. Selebihnya meminta bantuan guru. Saya sepatutnya membimbing sahaja bukan membantu.Tetapi setidak-tidaknya mereka belajar satu perkataan Bahasa Inggeris hari tersebut iaitu FROG. Saya akan terus mengajar murid-murid saya melipat-lipat kerana ini boleh mengaktifkan minda dan menggerkkan motor-motor halus mereka. Berikut merupakan hasil Origami Katak PK1. Yang besar adalah mummy mereka. hehehe.....
" Tiada Apa Yang Istemewa Seistimewa Anak-anak Istimewaku"
Pada 8 Mac 2012 ( Khamis ), Pendidikan Khas Daerah Muar telah mengadakan Sukan Olahraga dan Padang bertempat di SMK Tengku Mahkota, Muar. Walaupun jauh, kami tetap sampai. Program ini adalah program yang ditunggu-tunggu kerana ini adalah waktu untuk hampir semua warga Pendidikan Khas Daerah Muar berkumpul. Selama ini, kami hanya berborak mengenai anak-anak didik masing-masing. Kali ini, kami berpeluang melihat sendiri anak-anak murid yang mereka cerita selama ini. Di sekolah sendiri ( SK Seri Jaya ), tidak semua kategori murid yang dapat dilihat. Di sukan ini, murid-murid seperti Celebral Palsy ( dengan atau tanpa kerusi roda) dapat dilihat. Kami warga Pendidikan Khas Daerah Muar juga bertuah kerana Dato’ Robiah binti Hj Kosai telah sudi menjadi perasmi dan menyumbangkan keperluan kepada daerah kami..Acara pada hari itu terbahagi kepada 2 iaitu sesi pagi untuk acara biasa ( BP, BL, BD) sementara petang pula untuk acara khas ( Down Sindrom, Celebral Palsy, Kerusi Roda)
Antara acara-acara dan atlet-atlet daripada SK Seri Jaya 2012 ialah seperti berikut.
No Atlet
Nama Atlet
Acara
Kategori
Pencapaian
SJ 01
Mohammad Nizam
100m
BP (JL)
Menyertai acara
SJ 02
Ahmad Salahhudin Azizi
100m
BP (JL)
Menyertai acara
Lompat Jauh
BP (JL)
Menyertai acara
SJ 03
Muhammad Firdaus
Lontar Peluru
BP (JL)
Menyertai acara
SJ 04
Muhammad Sukrey
100m
BL ( JL)
Emas
Lompat Jauh
BL (JL)
Emas
SJ 05
Nuraishah
100m
BP (JP)
Menyertai acara
Lompat Jauh
BP (JP)
Menyertai acara
SJ 06
Asrah
100m
BP (JP)
Menyertai acara
Lompat Jauh
BP (JP)
Menyertai acara
SJSD 01
Muhammad Fariq Haiqal
30 m
BP (JL)
Ke-4
Nota : * SJ – Seri Jaya
BP – Bermasalah Pempelajaran
BL – Bermasalah Penglihatan
Motif utama kami menghantar peserta ke sukan ini adalah untuk membolehkan murid-murid kami bersosial dengan murid-murid sekolah lain. Mereka juga berpeluang berjumpa dengan senior mereka yang telah berada di sekolah menengah seperti Shahrul, Radzi, Mahfuzah, Hidayah, Nurul dan lain-lain lagi. Haiqal adalah murid yang paling seronok berjumpa dengan senior mereka.
Di bawah, diselitkan beberapa kenangan-kenangan semasa di sukan tersebut.
Atlrt- atlet 100m dan lompat jauh
Aishah sedia beraksi tapi malu-malu ketika berlari.
Giliran Asrah pula
Nizam yang terkejut ketika tembakan dibunyikan
Gambar Azizi baripada belakang
Firdaus menunggu giliran yang panjang untuk membuat 3 balingan
Haiqal berma rakan-rakan
Rakan baik Haiqal ( baru 1 minit berjumpa)
Sukrey mengambil pingatnya. Tahniah.
Nur Amalina yang comel..Dikenen-kenenkan dengan Haiqal.Tapi Haiqal malu-malu nak bergambar bersama. Tahun rasanya mahu bawa Mashitah pula.
Video – Sukrey, Haiqal, CP.
Makan malam @ Restoran Budiman, Bukit Gambir.
Gelapnya muka kami. Cuti seminggu selepas ini perlu buat ‘facial treatment’
Di sini juga, kami warga Pendidikan Khas SK Seri Jaya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Guru Besar, Cikgu Basir bin Konit kerana sudi datang memeriahkan lagi program hari itu. Kami juga ingin meminta maaf kerana tidak sempat bertegur sapa dengan cikgu kerana kami sendiri tidak cukup tangan melayan kerenah anak-anak murid kami. Terima kasih GB.
Kami juga ingin megucapkan tahniah kepada peserta SMK Tun Sri Lanang yang telah Berjaya mnggondol beberapa pingat yang tidak disangka-sangka iaitu EMAS acara 100m BP (PJ) untuk Nurul Farahain, PERAK untuk acara lompat jauh BP(LJ) bagi Radzi dan GANGSA acara lompat jauh BP (PJ) untuk Muhafuzah Ahmad. Tahniah Kak Midah, Kak Sal dan Cikgu Hisham.
Tidak lupa juga kepada ibu Azizi yang sudi datang untuk melihat anaknya. Tersentuh melihat ibunya yang datang semata-mata untuk Azizi. Walaupun jauh, ibunya tetap mahu berikan yang terbaik untuk anaknya ( air mata mengalir semasa menaip kerana terkenang saat-saat ibu Azizi mamanggil nama gelaran Azizi iaitu Adik)
Terima ksih juga kepada Cikgu Fatimah (SK Bukit Gambir) kerana telah mengambil gambar kami beramai-ramai.
Nialai-nilai murni yang dapat dilihat sepanjang program ini ialah tidak semua manusia sempurna dan semua orang boleh berjaya jika berusaha keras.dan disokong oleh orang disekeliling. Bukan hanya mengeji dan membenci.