Wednesday, 27 June 2012

Last Day Sukrey @ SK Seri Jaya

Assalamualaikum.....


Cerita di sebalik perpindahan Sukrey...


Setelah lama memujuk, akhirnya keluarga Sukrey memberi kebenaran untuk Sukrey melanjutkan Pengajian di sekolah yang lebih bersesuain dengan masalah yang dialaminya iaitu Masalah Penglihatan (B1). Walaupun berat hati ini untuk membiarkan Sukrey pergi tetapi ini hati ini lebih berat bila memikirkan tentang Sukrey yang sepatutnya menduduki peperiksaan UPSR tahun hadapan. Oleh kerana jadual waktu guru kelasnya yang agak padat dan atas kebenaran ayah Sukrey, Cikgu Aini membuat keputusan bahawa tarikh akhir Sukrey di SK Seri Jaya adalah pada 25 Jun 2012. Pada hari tersebut telah diadakan majlis perpisahan kecil-kecilan yang dihadiri oleh semua pelajar dan tenaga pengajar Pendidikan Khas SK Seri Jaya termasuk Cikgu Norul (PPM) yang masih berada dalam tempoh cuti bersalin tetapi telah habis waktu berpantang. Semasa Sukrey memberi ucapan, air mata seakan-akan mahu laju meluru keluar. Oleh kerana menjaga perasaan, ku tahan sahaja air mata ini.




Pada 27 Jun 2012, Sukrey telah selamat didaftarkan di SKPK Princess Elizebeth. Alhamdulillah, Semua urusan berjalan lancar bermula di JPN Johor ke PPD Johor Bahru seterusnya ke SKPK Princess Elizebeth. Semua pegawai yang terlibat di semua tempat memberi kerjasama yang sangat hebat. Bemula di JPN Johor, walaupun sebenarnya urusan perpindahan Sukrey tidsk melibatkan Jabatan Negeri kerana hanya perpindahan antara daerah, mereka tetap memberi kerjasa yang memberansangkan dan menerangkan prosedur yang sepatutnya iaitu perlu dirujuk ke PPD JB. Seterusnya, saya ke PPD JB. Di sana, saya perlu berjumpa dengan Encik Iskandar ( Pegawai Sekolah Rendah). Kalau di PPD Muar, Pegawainya ialah Encik Akabal. Di sana juga, Encik Iskandar menguruskan segala kelengkapan surat-menyurat pengesahan perpindahan dengan mantap. Cara beliau memindahkan data dari Excell ke Words sangat dikagumi.Setelah segalanya selesai, kami ke SKPK Princess Elizebeth. Di sana, Encik Mokhtar n the gang benyak membantu dan memberi kata-kata motivasi kepada Sukrey dan ibunya...Alhamdulillah, segalanya selesai dan Sukrey telahpun berada di SKPK Princess Elizebeth. Guru-guru di sini mendoakan yang terbaik untuk Surkey dan semua murid di SKSJ. Sekian.


Kami lepaskan Kau pergi bukan membenci
Sebaliknya Kami Peka Dengan Kebolehanmu
Kami biarkan kau pergi bukan kerana kami sudah tiada hati
Sebaliknya kerana tidak hanya mahu sekadar jadi pemerhati
Kami harap pemergianmu akan mendatangkan banyak erti
Bukan sahaja kepada kami malah kepada semua kominiti..

0 comments:

Post a Comment