Wednesday, 27 June 2012

Last Day Sukrey @ SK Seri Jaya

Assalamualaikum.....


Cerita di sebalik perpindahan Sukrey...


Setelah lama memujuk, akhirnya keluarga Sukrey memberi kebenaran untuk Sukrey melanjutkan Pengajian di sekolah yang lebih bersesuain dengan masalah yang dialaminya iaitu Masalah Penglihatan (B1). Walaupun berat hati ini untuk membiarkan Sukrey pergi tetapi ini hati ini lebih berat bila memikirkan tentang Sukrey yang sepatutnya menduduki peperiksaan UPSR tahun hadapan. Oleh kerana jadual waktu guru kelasnya yang agak padat dan atas kebenaran ayah Sukrey, Cikgu Aini membuat keputusan bahawa tarikh akhir Sukrey di SK Seri Jaya adalah pada 25 Jun 2012. Pada hari tersebut telah diadakan majlis perpisahan kecil-kecilan yang dihadiri oleh semua pelajar dan tenaga pengajar Pendidikan Khas SK Seri Jaya termasuk Cikgu Norul (PPM) yang masih berada dalam tempoh cuti bersalin tetapi telah habis waktu berpantang. Semasa Sukrey memberi ucapan, air mata seakan-akan mahu laju meluru keluar. Oleh kerana menjaga perasaan, ku tahan sahaja air mata ini.




Pada 27 Jun 2012, Sukrey telah selamat didaftarkan di SKPK Princess Elizebeth. Alhamdulillah, Semua urusan berjalan lancar bermula di JPN Johor ke PPD Johor Bahru seterusnya ke SKPK Princess Elizebeth. Semua pegawai yang terlibat di semua tempat memberi kerjasama yang sangat hebat. Bemula di JPN Johor, walaupun sebenarnya urusan perpindahan Sukrey tidsk melibatkan Jabatan Negeri kerana hanya perpindahan antara daerah, mereka tetap memberi kerjasa yang memberansangkan dan menerangkan prosedur yang sepatutnya iaitu perlu dirujuk ke PPD JB. Seterusnya, saya ke PPD JB. Di sana, saya perlu berjumpa dengan Encik Iskandar ( Pegawai Sekolah Rendah). Kalau di PPD Muar, Pegawainya ialah Encik Akabal. Di sana juga, Encik Iskandar menguruskan segala kelengkapan surat-menyurat pengesahan perpindahan dengan mantap. Cara beliau memindahkan data dari Excell ke Words sangat dikagumi.Setelah segalanya selesai, kami ke SKPK Princess Elizebeth. Di sana, Encik Mokhtar n the gang benyak membantu dan memberi kata-kata motivasi kepada Sukrey dan ibunya...Alhamdulillah, segalanya selesai dan Sukrey telahpun berada di SKPK Princess Elizebeth. Guru-guru di sini mendoakan yang terbaik untuk Surkey dan semua murid di SKSJ. Sekian.


Kami lepaskan Kau pergi bukan membenci
Sebaliknya Kami Peka Dengan Kebolehanmu
Kami biarkan kau pergi bukan kerana kami sudah tiada hati
Sebaliknya kerana tidak hanya mahu sekadar jadi pemerhati
Kami harap pemergianmu akan mendatangkan banyak erti
Bukan sahaja kepada kami malah kepada semua kominiti..

Daun Getah Oh Daun Getah...

Salam...berjumpa lagi...Oleh kerana terlalu sibuk menguruskan murid ke Sukan Pendidikan Khas Peringkat Negeri, begitu juga menguruskan murid ke Semarak Islam, akhirnya saya berjaya juga mencoret sedikit sebanyak tentang aktiviti murid-murid saya yang terbaru..

Baru-baru ini, saya telah menyambung kembali projek daun getah yang akan dijadikan penanda buku. Setelah direndam selama sebulan ( sebelum ke Kluang menghantar Sukrey 12.4.2012 ). Setelah sebulan, hanya separuh daun  getah yang menjadi iaitu telah reput daunnya daripada ranting-ranting halus. Berikut gambar-gambar hasil daripada separuh perjalanan projek tersebut.




Origami Katak

Assalamualaikum....

Bertemu kembali setelah sekian lama tidak menulis blog ini. Sebenarnya, kelas ini telah banyak menjalankan aktiviti tetapi saya tidak sempat untuk menulis. Ada kala saya bermasalah untuk mendapatkan talian internet. Mujur Teacher Hadzirah memasang talian internet di rumah. Boleh la saya kembali aktif menulis.

Pada minggu lepas, setelah semalaman saya belajar membuat origami katak di laman web youtube, akhirnya saya berjaya menghasilkan seekor origami katak yang menarik. Keesokkan harinya, saya mengajar PK2 membuat origami tersebut. Hampir 50% hasil murid dibuat oleh saya. Saya tidak merasa kesal kerana setidak-tidaknya mereka belajar melipat pada permulaan pembuatannya. Cuma di akhir-akhir lipatan, teknik yang digunakan sedikit rumit dan sukar murid untuk memahami arahan guru mahupun maniru aksi guru. Akhirnya saya membuat keputusan untuk membantu mereka. Lihatlah hasil origami katam PK2 di bawah


.




Nota : 1) Nizam tidak boleh menulis tanpa contoh nama tapi hanya ingat menulis nombor rumahnya => 171
           2) Nama Haiqal ditulis oleh gurunya
           3) Seperti biasa Nabil Aiman menulis namanya sendiri setelah melihat gurunya menulis nama sendiri.



Untuk berlaku adil, saya juga telah mengajar kelas PK1 membuat origami katak dua hari selepas kelas PK2. Kesuugguhan PK1 memujuk saya untuk mengajar origami katak tidak memberi kesan besar kepada saya. Ini kerana mereka tidak belajar bersungguh-sungguh untuk melipat origami tersebut. Hanya Firdaus sahaja yang membuat sendiri. Selebihnya meminta bantuan guru. Saya sepatutnya membimbing sahaja bukan membantu.Tetapi setidak-tidaknya mereka belajar satu perkataan Bahasa Inggeris hari tersebut iaitu FROG. Saya akan terus mengajar murid-murid saya melipat-lipat kerana ini boleh mengaktifkan minda dan menggerkkan motor-motor halus mereka. Berikut merupakan hasil Origami Katak PK1. Yang besar adalah mummy mereka. hehehe.....





                                 " Tiada Apa Yang Istemewa Seistimewa Anak-anak Istimewaku"