Wednesday, 30 April 2014

Guru Baru Jadual Baru

Guru baru dan jadual baru.

Assalamualaikum...
Da lama tak menulis..da lama teringin nak menulis semula tetapi tidak berkesempatan. Hari ini saya nak menulis tentang guru baru , jadual baru...pada 1 april 2014, saya diberikan tentang kedatangan guru Pendidikan Khas baru ke sekolah saya ( SK Seri Jaya ). Pelik juga kerana jumlah murid seperti tidak mengizinkan kami mendapat guru baru. Tetapi sudah rezeki, kami terima rezeki ini  dengan tangan yang terbuka. Selama ini kami di Pendidikan Khas SK Seri Jaya ada 2 guru dan 2 PPM. Murid setakat April 2014 ada 11 orang murid dan kami mempunyai dua kelas ( Pk1 dan PK2). Murid diklasifikasikan berdasarkan behavior dan kemahiran asas 3M. Murid yang mempunyai masalah 3M dan mempunyai masalah bahavior yang kritikal diletakkan di kelas PK2 dan begitu juga sebaliknya. Jadual guru bertukar apabila waktu rehat. Jika saya mengajar PK2 sebelum rehat, guru seorang lagi ( Penyelaras ) akan mengajar di kelas PK1. Selepas waktu rehat penyelaras akan mengajar di PK2 dan saya pula akan mengajar di kelas PK1. Begitulah rutin kami semenjak 2008 sehingga kini.Masa mengajar kami sehingga 48 waktu. Apabila ada guru baru, jadual kami berubah sedikit. Baru kami ada masa lapang yang sedikit. Masa mengajar saya berkurang menjadi 43 waktu. Alhamdulillah. Tiada perbezaan yang ketara di kelas PK1 tetapi kami telah memecahkan lagi kelas PK2. Bagi mata pelajaran saya ( BM ) Murid yang mahu belajar dan mampu belajar huruf A-Z diletakkan di bawah jagaan guru baru. Murid yang tidak mampu belajar tetapi saya yakin boleh belajar diletakkan di bawah jagaan saya.
Pada dua hari pertama, saya terfikir apakah teknik yang boleh diterapkan kepada murid ini. Sepanjang hari saya asyik terfikir tentang kaedah pengajaran yang sesuai untuk murid ini. Berdasarkan pengalaman saya mengajar murid ini sejak 2008, murid ini hanya boleh menyebut huruf tetapi tidak boleh mengecam sebarang huruf. Baik huruf jawi dan huruf rumi. Tiada maslaah koordinasi mata tetapi ada masalah fokus. Walaupun murid yang saya ajar hanya 2 orang, tetapi saya tidak mempunyai alat dan bahan untuk ‘tackle’ murid ini. Dalam hati says hanya terdetik “aini, let’s challenge”. Saya memang sangat sukakan cabaran. Saya hanya terfikir untuk membuat terapi. Sambil terapi sambil belajar.
Terapi pertama yang saya lakukan ialah membuat doh sendiri menggunakan tepung gamdum. Jika murid saya ( sindrom down yang suka makan termakan doh ini  saya tidak kuatir kerana doh ini selamat untuk dimakan). Di sini saya melibat seorang murid autisme saya. Oleh itu, semasa terapi ini, saya mengajar 3 orang murid. Ketiiga-tiga  murid ini membuat doh tanah liat bermula bermain-main dengan tepung, meletakkan garam, meletak minyak, sebatikan adunan sehingga membentuk doh. Di sini semua sendi-sendi jari tangan bergerak.Saya melibatkan ketiga-tiga murid ini kerana sendi-sendi jari meraka lemah.untuk murid terencat dan autisme, sendi jari mereka lemah tetapi untuk murid SD saya, sendi jari lembut tetapi selalu membuat sesuatu tanpa kawalan.
Sehingga kini, setiap pagi saya akan menyuruh ketiga-tiga murid ini menguli doh mereka dan mengajar membentuk bentuk bulat dan silinder. Semua murid berminat kecuali murid SD. Dia akan mencium dan menjilat doh itu. Itu satu cabaran. Saya akan mencari kaedah lain yang sesuai untuk anak dara saya yang seorang ini. Sesuatu perubahan telah saya perhatikan melalui kaedah terapi ini. Murid Autisme saya lebih fokus semasa membentuk doh menjadi bulat. Murid ini tidak berlari-lari dan hanya fokus dengan kerjanya. Untuk murid Terencat Akal pula, murid ini juga fokus tetapi guru perlu sentiasa ada di sebelahnya. Sambil murid menguli dan membentuk, guru akan bersembang m,enganai topik mudah. Semlama ini, murid jarang bersembang kerana murid lain ( yang telah berada di bawah jagaan guru baru ) akan menyampuk bualan guru. Tetapi jika guru menunggu murid ini bersembang, murid ini lebih rela diam dan ketawa. Oleh sebab itu, guru pun akan melayan murid yang mahu bersembang dengan guru. Melaui terapi ini, murid kelihatan lebih selesa bersenbang dengan guru tanpa gangguan murid yang lebih bijak berkata-kata. selain itu, skop mengajar guru juga menjadi lebih kecil.

Pada hari Khamis ( 10/4 /14(, saya telah mencuba kaedah membentuk huruf A dan, menyebut dan merakam malalui video. Selepas itu, murid akan menonton video. Siapalah yang tidak suka melihat gambar sendiri. Inikan pula video sendiri. Selama ini, setiap huruf yang ditunjukkan, murid akan menjawab ‘M’M. Ntah apa la yang dia berkenan dengan huruf M ni. Selepas saya menunjuk video sebutan huruf A, guru menyuruh murid menyebut huru yang dibentuk di pinggan menggunakan doh tadi. Malangnya, murid tetap menyebut huruf M. Tetapi pada hari ini (13/4/2014) , apabila saya menunjuk gambar dia bersama huruf A, murid tiba-tiba menyebut A. Wah, terkejutnya saya. Alhamdulillah. Saya sebenarnya tidak puas hati, sepanjang hari ini, beberapa kali saya menyuruh murid ini menyebut huruf yang ditunjukkan. Hasilnya positif. Selepas ini, saya akan akan membuat lembaran huruf A supaya murid dapat mengecam huruf ini dengan lebih padu. Harap =harap ini menjadi. Kalau tidak menjadi pu tidak mengapa, saya akan kata pada diri saya “ Aini, let’s challenge’ lagi.
Sepanjang perjalanan sebagai guru pendidikan khas ini, saya sangat bersyukur ke hadrat Allah swt. DIA selalu memberi sesuatu pada saya tepat pada masanya. Segalanya sangat tepat.Saya harap peluang yang DIA berikan akan digunakan sebaik mungkin. Perkara yang paling penting, saya tidak mengabaikan segala tanggungjawab saya  pada kaluarga, sekolah, agama dan sebagainya.
Tiba-tiba saya terfikir.Di manakan MH370????

0 comments:

Post a Comment