Wednesday, 30 April 2014

Kejohanan Tenpin Boling Pendidikan Khas Daerah Muar dan Ledang 2014

Assalamualaikum...

 Hari ini telah diadakan Kejohanan Tenpin Boling Pendidikan Khas Daerah Muar dan Ledang 2014. SK Seri Jaya  telah menghantar 5 orang peserta. Muhammad Fariq Haiqal, Mashitah bt Rosman, Nur Farradiana Fais bt Mohd Isa dan Muhammad Asyraaf Muhaimin bin Daud. Pusat Boling Bakri tahun ini penuh dan sesak sehingga pertandingan dijalankan berperingkat berikutan tidak cukup lorong.

Alhamdulillah. Perjalanan Kejohanan berjalan lancar. Tiada masalah di peringkat Haiqal. Sedikit masalah di bahagian Mashitah. Disebabkan menunggu turn agak lama, Mashitah menjadi bosang. Selepas balingan ke tujuh, dia mula menangis tetapi diam semula apabila samapai guliran dia membaling. Selepas selasai semua 10 balingan, saya membawa dia menukar pampers sekaligus mandikan dia. selepas itu, baru dia rasa segar dan aktif semula. Semua bola dia mahu angkat. Ini adalah kali pertama bagi Mashitah, Nana dan Asyraaf dan kali kedua bagi Haiqal.
 

 

 

 

 

0 comments:

Post a Comment